Connect with us

Oh! Media

“Tolong Jangan Gelakkan Kami” – Lelaki Lembut Luah Rasa Kecewa Ditertawakan Ketika Solat Di Surau

Befunky collage

Trending

“Tolong Jangan Gelakkan Kami” – Lelaki Lembut Luah Rasa Kecewa Ditertawakan Ketika Solat Di Surau

Setiap orang yang bernama manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan dan sudah tentu akan terdetik dalam hati mereka untuk berubah dan meninggalkan kesalahan yang sedang dilakukan itu satu hari nanti.

BACA: (Video) Suka Lori Sampah, Netizen Puji Dua Beradik Tidak Berasa Geli Bergambar Bersama Pekerja

Sungguhpun begitu, setiap kali mereka ingin berubah menjadi yang lebih baik, seringkali semangat mereka itu dipatahkan dengan kata-kata yang kurang enak didengar dilemparkan oleh orang sekeliling.

IKLAN

Luah rasa kecewa di TikTok

Itulah perasaan yang diluahkan oleh seorang lelaki lembut menerusi video yang dimuatnaik di TikToknya.

@jellybelyyy Please respect.. Doa yg baik2 je.. Kesian kalau kena dekat kawan2 sy jugak 😭 #fypシ ♬ original sound – JELLY BELLY

Menerusi video tersebut, seorang lelaki lembut yang mengguna nama Jelly Belly di akaun TikToknya meluahkan rasa kecewa selepas dia digelakkan oleh segelintir orang ketika sedang menunaikan solat di sebuah surau di pusat membeli belah.

Kalau korang nampak lelaki seperti saya datang ke surau ataupun masjid, tolonglah jangan gelakkan dia, tolonglah jangan ketawakan dia. Kita nak pergi menghadap Allah ni kan.

Lelaki berkenaan turut meminta agar orang sekeliling untuk tidak mentertawakan lelaki lembut sepertinya yang solat di surau mahupun masjid sebaliknya mendoakan agar mereka akan berubah satu hari nanti.

Netizen turut memberikan sokongan

Perkongsian video di TikTok ini mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka bersimpati dengan keadaan yang dihadapi lelaki berkenaan disamping mendoakan agar mereka akan berubah satu hari nanti.

Screenshot 2022 06 01 at 161754
Screenshot 2022 06 01 at 161802

Siapalah kita nak mentertawakan seseorang itu, yang penting mereka ada usaha untuk beribadah kepada Allah.

Kredit: TikTok jellybelyyy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas