Connect with us

Oh! Media

(Terkini) Pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 Disahkan Terhempas

Trending

(Terkini) Pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 Disahkan Terhempas

Terikini! Pesawat Sriwijaya Air telah disahkan terhempas mengikut laporan Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Serpihan Pesawat Dijumpai Nelayan, Sriwijaya Air Disyaki Terhempas?

Berita itu disampaikanya di dalam siaran media di Webinar sebentar tadi dan dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang di dalam kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Kini pelbagai agensi dan pasukan menyelamat sedang giat melakukan pencarian pesawat dan Presiden Jokowi juga telah mengarahkan pencarian semaksimum mungkin dilakukan segera.

Diharapkan malam ini kita dapat mengesan titik lokasi pesawat itu jatuh terlebih dahulu dan usaha pencarian seterusnya akan disambung esok pagi. – Kata Deputi Operasi dan Kesiapsiagaan BASARNAS, Bambang Suryo Aji.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta,jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kali terakhir melakukan hubungan dengan menara kawalan udara pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur dan dijadualkan tiba di Pontianak pada jam 3.15 petang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas