Connect with us

Oh! Media

Tergamak Suami Simbah Petrol Dan Bakar Kereta Isteri Gara-Gara Perselisihan Faham

Ohmedia bakar

Oh! Tidak

Tergamak Suami Simbah Petrol Dan Bakar Kereta Isteri Gara-Gara Perselisihan Faham

Gara-gara perselisihan faham dalam rumahtangga, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup membakar kereta milik isterinya.

Memetik laporan Kosmo!, insiden yang berlaku di Jalan Tebrau, Johor Bahru menyebabkan kerugian hampir RM90,000.

Kereta isteri terbakar 80%

Kereta Terbakar
Foto Kosmo

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian membabitkan suami yang berusia 25 tahun dan isteri berusia 21 tahun.

IKLAN

Berdasarkan rakaman CCTV di lokasi, kejadian sekitar pukul 10.20 malam itu menunjukkan suspek menaiki Toyota Vellfire menyekat kenderaan yang dinaiki isterinya bersama dua wanita lain serta seorang lelaki.

Suspek kemudian menyimbah petrol dan membakar kereta Toyota Vios isterinya sehingga terbakar 80 peratus.

Punca bakar kereta kerana perbalahan rumahtangga

Penjara
Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, kejadian ini berpunca daripada perbalahan rumah tangga yang semakin meruncing antara mereka.

Mangsa kemudian segera membuat laporan polis di Balai Polis Majidee untuk tindakan lanjut. Kini, pihak polis sedang memburu suspek untuk membantu siasatan.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di 07-2182323.

#OhmediaNasihat

Inilah orang kata, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Tak pasal-pasal kereta pula menjadi mangsa disebabkan perasaan marah.

Sebagai seorang lelaki yang waras, janganlah terlalu mengikutkan emosi yang kelak merugikan diri sendiri. Jika menghadapi tekanan, ambil masa untuk bertenang dan dapatkan nasihat dari pihak yang lebih berpengalaman.

Ohmedia bakar

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas