Connect with us

Oh! Media

“Tenang.. Semua Sayang” – Jurunikah Pujuk Bapa Menangis Sebak Saat Lepaskan Anak Perempuan

Oh! Tidak

“Tenang.. Semua Sayang” – Jurunikah Pujuk Bapa Menangis Sebak Saat Lepaskan Anak Perempuan

Ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecil, momen melepaskan anak perempuan untuk berkahwin adalah saat yang paling menghibakan.

ADVERTISEMENT

Tidak hanya ibu, hati bapa juga terusik apabila anak tersayang kini sudah bersedia untuk melayari bahtera perkahwinan.

Seperti video TikTok yang dimuat naik jurugambar Fitrin Ruslee ini, seorang bapa menangis teresak tak tahan sebak ketika membacakan lafaz wakil wali di depan jurunikah.

Bapa dilihat menunduk mengesat air mata yang jatuh tidak henti-henti. Jurunikah dan ahli keluarga terpaksa memujuknya supaya bertenang dan kuat menahan rasa sebak itu.

@fitrinruslee Replying to @tyrazizi video ori #kawin #fyp #fitrinruslee ♬ original sound – Fitrin Ruslee

Bapa yang berbaju Melayu hitam itu akhirnya berjaya membaca lafaz itu sehingga habis sambil ditenangkan seorang lelaki. Pengantin perempuan yang berada di atas pelamin juga dilihat tak henti-henti menyapu air mata di pipi.

Sebaknya. Nampak bapa sangat sayangkan anaknya. Inilah yang dikatakan kasih ibu sampai syurga, kasih bapa sepanjang masa. Hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

Kredit: TikTok Fitrin Ruslee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas