Oh! Tidak
”Tanya Diri Sendiri, Silap Apa Yang Kita Buat” – Azhar Sulaiman Nasihat Kasih Iris Leona
Pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona meluahkan rasa kecewa di TikTok selepas kehilangan beberapa barang berharga, termasuk headphone Sony kegemarannya, kamera DJI, dan Airpods Pro.
Saya sedih sangat sebab saya guna headphone tu hari-hari tapi hilang macam tu je.
Kehilangan itu meninggalkan kesan besar buat Leona memandangkan headphone tersebut digunakan setiap hari.
Nasihat penuh makna daripada Azhar Sulaiman
Bapanya, pelakon terkenal Azhar Sulaiman, turut meninggalkan komen di ruangan TikTok Leona dengan memberikan nasihat penuh bermakna.
Daddy juara hilang barang-barang Nuna. Bila hilang apa-apa, daddy akan berhenti seketika tengok langit atau siling lepastu tanya diri sendiri, ‘apa kesilapan yang aku dah buat ni?’
Tambah Azhar, kehilangan itu mungkin takdir yang menunjukkan barang tersebut bukan lagi milik Leona.
Netizen simpati dan beri sokongan kepada Kasih Iris Leona

Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan nasihat agar Leona lebih berhati-hati dalam menyimpan barang peribadinya.
#OhmediaNasihat
Kehilangan barang peribadi adalah perkara yang menyedihkan, namun ia juga boleh dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati di masa hadapan. Pastikan barang berharga disimpan di tempat selamat dan elakkan dibiarkan tanpa pengawasan, terutama ketika berada di tempat awam.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM