Connect with us

Oh! Media

Tanah ‘Diceroboh’ 13 Tahun Buat Tanam Sawit, Pemilik Dipaksa Bayar Modal Atau Tukar Nama Tanah

ohmedia sawit

Oh! Tidak

Tanah ‘Diceroboh’ 13 Tahun Buat Tanam Sawit, Pemilik Dipaksa Bayar Modal Atau Tukar Nama Tanah

Siapa sangka tanah sendiri boleh menjadi punca tekanan? Seorang pemilik tanah berkongsi kisahnya di Facebook di mana tanah seluas tiga ekar miliknya telah digunakan individu lain yang dikenalinya sejak 2011.

Pemilik tanah ini mengakui dia tahu individu tersebut menggunakan tanahnya untuk tanam kelapa sawit. Dia pada awalnya tidak kisah kerana tinggal di luar kawasan.

13 tahun usaha sawit di tanah orang lain, untung makan sendiri

kelapa sawit

Namun, sikap individu tersebut yang semakin melampau mula mencabar kesabarannya. Lebih menyakitkan hati, pemilik tersebut perlu membayar cukai tahunan sedangkan keuntungan hasil sawit dibolot sepenuhnya oleh ‘penceroboh’.

IKLAN

Awalnya saya belum ada niat nak ambil tanah tu. Tapi dia selalu provoke saya. Minta duit modal yang dia guna atau tukar nama tanah kepada nama dia. Minta saya bayar segala kos pembangunan tanaman sawit di tanah tersebut dengan nilai yang tak masuk akal sekiranya saya nak ambil tanah itu.

Tanpa sebarang perjanjian, penceroboh terus bertindak sesuka hati, membuatkan pemilik kini buntu dan hilang arah untuk bertindak.

Netizen nasihat ambil tindakan undang-undang

perjanjian

Ramai netizen bersimpati dengan nasib pemilik tersebut dan menyarankannya mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula haknya.

Dalam kes sebegini, menggunakan saluran yang betul adalah langkah terbaik.

#OhmediaNasihat

Setiap pemilik tanah perlu bijak menguruskan hak milik mereka, terutama jika tinggal jauh dari lokasi tanah tersebut. Buat perjanjian bertulis sebelum membenarkan orang lain menggunakan tanah kita. Jika hak dicabar, jangan berlengah untuk dapatkan khidmat nasihat undang-undang. Ingat, menjaga hak kita adalah tanggungjawab kita sendiri!

ohmedia sawit

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas