Connect with us

Oh! Media

Tak Sampai Dua Tahun Pegang Jawatan, Ini Rupanya Bekas Perdana Menteri Dipanggil SPRM Berhubung Salah Guna Dana

C0b24b78 36ca 4482 b84b 9113cc291226

Oh! Tidak

Tak Sampai Dua Tahun Pegang Jawatan, Ini Rupanya Bekas Perdana Menteri Dipanggil SPRM Berhubung Salah Guna Dana

Sebelum ini kami ada melaporkan yang SPRM akan memanggil bekas Perdana Menteri dan dua pembantunya untuk siasat berhubung tiga kes berasingan membabitkan dakwaan salah guna dana.

BACA: Bekas Perdana Menteri Dan Dua Pembantu Dipanggil SPRM

Menurut laporan Harian Metro, Bekas Perdana Menteri yang dimaksudkan itu adalah Datuk Seri Ismail Sabri dan hari ini beliau telah dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan penggunaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dipercayai pada jam 10 pagi tadi.

IKLAN

Walau bagaimanapun, pihak media cuba untuk menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki untuk mengesahkan perkara itu tapi tidak berjawab.

SPRM juga dikatakan sudah merakam pembantu peribadu kepada Ismail Sabri dan siasatan berkenaan dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Akta SPRM 2009.

Untuk info, Azam Baki telah mengesahkan yang pihaknya akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri untuk memberi keterangan berhubung perbelanjaan dana RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti dalam minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Bukan tu jer, pegawai di pejabat bekas Perdana Menteri berkenaan yang terbabit dengan perbelanjaan dana juga turut dipanggil.

Tidak kurang daripada empat orang akan dipanggil (memberikan keterangan) dan salah seorang dari dua bekas Perdana Menteri dipanggil memberikan keterangan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis Berita
Megat merupakan penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas