Connect with us

Oh! Media

Tak Rela Berpisah, Lelaki Ini Tikam Bekas Kekasih Sampai Mati

bekas kekasih

Trending

Tak Rela Berpisah, Lelaki Ini Tikam Bekas Kekasih Sampai Mati

Kejadian di Taman Merdeka, Melaka, seorang lelaki bersama bekas kekasih ditemui mati dalam sebuah rumah, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Ungkit ‘Masa Lalu’, Suami Simbah Isteri Dengan Air Panas Sebelum Tikam Perut Sendiri

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian ini berlaku dalam jam 4 petang semalam, sebelum polis mendapat maklumat berkenaan insiden yang berlaku.

Bekas wanita ditikam, Lelaki bunuh diri

bekas kekasih
Polis angkat mayat mangsa ditemui mati dalam sebuah rumah di Taman Merdeka. (Foto: Harian Metro)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengatakan, mayat wanita yang berumur 22 tahun yang dipercayai merupakan bekas kekasih lelaki tersebut ditemui mati dengan kesan tikaman.

Manakala mayat lelaki berusia 33 tahun pula ditemukan di dalam bilik dengan berlumuran darah dipercayai bunuh diri.

Siasatan di dalam rumah itu polis turut menemukan pisau dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu.

Siasatan awal mendapati, motif kejadian ini dipercayai kerana lelaki itu tidak rela berpisah dengan mangsa, yang merupakan bekas wanitanya.

Kedua-dua mayat akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Ada kenalan mangsa mengetahui mengenai pertengkaran wanita itu dengan lelaki terbabit sebelum cuba membantu.

Namun mereka tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu berkunci sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

Polis akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti jika ada individu lain yang terlibat sama dengan insiden ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas