Oh! Tidak

Syed Saddiq Dihukum Penjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta Dan 2 Kali Sebatan

Published on

Sebentar tadi kami melaporkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini didapati bersalah di atas empat tuduhan iaitu melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

BACA: Mahkamah Tinggi Sahkan Syed Saddiq Bersalah Atas 4 Pertuduhan

Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Menurut laporan Harian Metro, Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan RM10 juta denda dan dua kali sebatan selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu dijatuhi hukuman penjara empat tahun sekiranya gagal membayar denda yang diperintahkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid.

Walau bagaimanapun, hakim juga membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version