Oh! Tidak
Suspek Kes Norshamira Sempat Gadai Gelang Emas RM30,000
Polis mengesahkan bahawa suspek dalam kes pembunuhan kejam, Norshamira Zainal, 37, telah menggadaikan gelang emas milik mangsa di sebuah pajak gadai di Terengganu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, siasatan awal menunjukkan motif utama pembunuhan adalah samun, di mana suspek mengambil barang kemas sebelum melarikan diri.
Kita turut merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti jumlah sebenar barang kemas yang telah digadai.- Katanya.
Gelang emas milik Norshamira yang digadai dipercayai bernilai sekitar RM30,000.
Suspek bunuh Norshamira ditahan di Terengganu…

Suspek yang berusia 53 tahun berjaya ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak, Kuala Terengganu kira-kira jam 5.30 pagi pada Sabtu.
Majistret Nor Izzati Zakaria membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula 17 hingga 21 Februari bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Setakat ini, polis telah mula merakam keterangan daripada suspek dan beberapa saksi utama bagi melengkapkan siasatan.
Tragedi kejam: Mangsa ditemui mati di tepi sungai…

Media sebelum ini melaporkan bahawa mayat Norshamira ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan, pada 13 Februari lalu.
Mangsa yang menguruskan jualan sambal ikan bilis garing secara COD (Cash on Delivery) dikatakan keluar rumah untuk menghantar pesanan kepada seorang pelanggan. Malangnya, pelanggan tersebut dipercayai adalah suspek yang bertindak kejam membunuhnya.
Suami mangsa, Muhammad Afiq Akmal Nudin, 31, tidak menyangka individu yang dikenali sebagai peramah dan baik, sebenarnya tergamak melakukan perbuatan kejam tersebut.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM