Connect with us

Oh! Media

Suspek Disyaki Guna ‘Bom’ Untuk Letupkan Mesin ATM

bom

Trending

Suspek Disyaki Guna ‘Bom’ Untuk Letupkan Mesin ATM

Video viral yang merakam dua orang penjenayah ‘profesional’ meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) semalam disyaki menggunakan bom jenis C-4.

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Letup Mesin ATM Di Meru, Polis Percaya Suspek Memang Profesional

Menerusi laporan Harian Metro, bom yang digunakan mungkin dalam komposisi yang kecil untuk memastikan letupan yang dihasilkan hanya cukup untuk buka pintu mesin ATM yang dirompak.

Bahan letupan jenis C-4

bom

Menurut Hamidon Adnan, bekas Ketua Unit Siasatan, Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Makmal Forensik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, letupan yang dilakukan dipercayai berpunca dari bahan letupan jenis C-4.

C-4 atau Komposisi C-4 adalah jenis bahan letupan plastik yang biasa digunakan dalam aktiviti merobohkan struktur bangunan.

Bom C-4 lebih popular berbanding trinitrotoluena (TNT). Biasanya C-4 seberat 900 gram cukup untuk memusnahkan tiang konkrit sebesar satu pemeluk.

Namun ia hanyalah andaian saya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis dirompak di pekan Meru, Selangor itu. Ada juga kemungkinan penjenayah menggunakan taktik atau bahan lain untuk meletupkan pintu besi mesin ATM itu.

Melalui gerak-geri penjenayah, Hamidon yakin mereka merupakan individu yang berpengalaman dan mahir dengan selok belok mesin ATM.

Jelas penjenayah amat cekap. Mereka amat pantas memasang alat (letupan) pada mesin ATM sebelum bersembunyi di sisi belakang mesin berkenaan.

Besar kemungkinan penjenayah kemudian menggunakan ‘detonator’ atau suis peledak untuk meletupkan ATM itu sebelum bergegas mengambil wang di dalamnya.

Saya khuatir jika kejayaan rompakan ini membuatkan mereka akan menjadi lebih agresif melakukan rompakan di lokasi lain dengan taktik sama selepas ini.

Letupan kecil dan tepat yang hanya merosakkan mesin ATM dan tidak meletupkan seluruh premis merupakan satu tindakan yang sangat profesional. Semoga penjenayah ini tidak melakukan perkara yang sama di lokasi lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas