Connect with us

Oh! Media

Singgah Hanya Nak ‘Bergambar’, Polis Terpaksa Bantu Kosongkan Stesen Minyak ‘Viral’

stesen minyak viral

Trending

Singgah Hanya Nak ‘Bergambar’, Polis Terpaksa Bantu Kosongkan Stesen Minyak ‘Viral’

Apabila sudah menjadi ‘trend’ di media sosial, mestilah ramai yang akan ikut dan buat trend tersebut kan? Inilah yang terjadi di sebuah stesen minyak viral Petron di Genting Highlands, dimana ramai orang bergambar di stesen tersebut tanpa mengisi minyak dan polis terpaksa membantu mengosongkan kawasan itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ni Yang Solat Atas Jalan Tepi Stesen Minyak Tu Kan?” – Netizen

Stesen minyak Petron yang viral di TikTok telah menjadi bualan ramai dan tumpuan mereka yang bercuti di Genting Highlands. Setiap hari kawasan tersebut akan dipenuhi kereta dan orang ramai yang mahu bergambar untuk dimuat naik di media sosial.

Polis serbu dan minta orang ramai kosongkan kawasan

@ammarawr_ #ad Kena halau 😂 #fyp #ad #xyzbca ♬ bunyi asal – Nies🦋

Tular lagi di media sosial apabila seorang pengunjung yang lalu di stesen minyak tersebut merakam situasi unit peronda polis menyerbu dan meminta orang ramai untuk meninggalkan stesen minyak itu.

Kelihatan terlalu banyak sangat kereta di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan di depan stesen minyak Petron itu selepas pihak polis berjaya mengosongkan kawasan di dalam stesen minyak.

Para netizen yang menonton video itu mengatakan pemilik petron itu sendiri yang menghubungi pihak polis kerana terlalu ramai orang yang singgah di situ untuk merakam video dan mengambil gambar.

stesen minyak viral
stesen minyak viral

Ramai yang tidak suka akan tindakan segelintir masyarakat yang berhenti hanya untuk ‘bergambar’. Perbuatan ini telah menyusahkan ramai pihak yang betul-betul pergi ke situ untuk mengisi minyak dan mendapatkan keperluan di stesen minyak tersebut.

Semoga masyarakat kita lebih bertanggungjawab dan matang untuk berfikir dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan kesulitan bagi pihak lain. Nak ikut trend tu boleh, tapi janganlah sampai buat perkara yang tidak berfaedah sehingga menyulitkan perjalanan orang lain.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas