Connect with us

Oh! Media

Siar Azan Maghrib Awal, RTM Sabah Mohon Maaf

RTM Sabah mohon maaf siar azan Maghrib 4 minit awal

Trending

Siar Azan Maghrib Awal, RTM Sabah Mohon Maaf

Setiap manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Bahkan tanpa sedar, seseorang itu akan melakukan kesilapan di luar jangkaan mereka sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Tak Sengaja Berbuka Puasa Awal Ikut Azan Di Radio, Apa Hukumnya?

Tular di media sosial apabila sebuah stesen radio di bawah kendalian RTM Sabah, Tawau.FM yang menyiarkan azan maghrib empat minit awal daripada waktu yang dijadualkan pada hari pertama umat Islam Malaysia menyambut puasa.

RTM Sabah mohon maaf

Pengarah Penyiaran Sabah, Zulkefli Bin Mohd menyatakan bahawa jabatan itu menyedari kepentingan untuk menyiarkan siaran azan lebih-lebih lagi pada waktu Maghrib sebagai panduan untuk umat Islam berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. Tambahnya lagi, siaran azan yang disiarkan lebih awal itu adalah tidak disengajakan.

Jabatan ini menyedari kepentingan siaran azan, khususnya waktu bagi Maghrib sepanjang bulan Ramadan sebagai panduan umat slam untuk berbuka puasa.

Bagaimanapun, penyiaran azan 4 minit lebih awal pada 1 Ramadan 1443H oleh Stesen Radio Tawau FM adalah tidak disengajakan

Penyampai radio akui kesilapan


Mengakui kesilapannya, penyampai radio Tawau.FM yang bertugas ketika itu, Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya serta memaklumkan bahawa terdapat kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan maghrib iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.

Menurut Harian Metro, Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar mengatakan bahawa mereka yang tersalah berbuka puasa selepas mendengar siaran azan yang disiarkan lebih awal oleh stesen radio berkenaan perlulah mengganti semula puasa mereka kerana dianggap batal. Puasa mereka itu perlulah diganti selepas berakhirnya bulan Ramadan mengikut syarak.

Di kesempatan ini, penulis berharap agar semua pembaca Oh! Media lebih peka terhadap waktu berbuka yang tepat dan tidak terlalu bergantung dengan siaran azan yang disiarkan di radio mahupun televisyen.

Kredit: Harian Metro | Facebook RTM Sabah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas