Connect with us

Oh! Media

Seronok ‘Selfie’ Dan Menari Atas Bangunan, Kepala Remaja Putus Terkena Kabel Elektrik

Ohmedia remaja Putus Kepala

Oh! Tidak

Seronok ‘Selfie’ Dan Menari Atas Bangunan, Kepala Remaja Putus Terkena Kabel Elektrik

Siapa sangka ketika seronok menari dan selfie bersama rakan, akan ada kejadian ngeri menimpa? Itulah yang terjadi kepada seorang remaja di Guatemala, Amerika Syarikat.

Menurut laporan New York Post, remaja perempuan yang berusia 15 tahun itu, terjatuh dari tingkat dua selepas kepalanya terputus akibat terkena kabel elektrik.

Difahamkan mangsa, Rebeca Xi Artola berada di atas bumbung bersama tiga lagi rakannya berlatih gerakan tarian sebelum kejadian itu.

IKLAN
Ohmedia remaja

Kata seorang penduduk, El Heraldo, dia menyaksikan salah seorang daripada mereka sedang merakam gambar.

Tak lama selepas itu, Debora terkena renjatan kabel elektrik bervoltan tinggi yang dipercayai meragut nyawanya.

Susulan itu, ramai penduduk bergegas ke tempat kejadian untuk menolong gadis itu namun, sudah terlambat.

Lebih menyedihkan, kepala Debora terputus selain daripada terjatuh kira-kira enam meter dari bangunan terbabit.

Selepas kejadian, ibu mangsa, berkongsi penghormatan terakhir kepada anaknya dan memuat naik gambar gadis itu tersenyum.

Saya menyanyangimu selamanya, Puteriku.

Katanya, terdapat rakaman video ketika kejadian dari jiran yang duduk berdekatan rumah Debora.

Sementara itu, kes ini sedang disiasat dan pihak berkuasa sedang berusaha mengesahkan tragedi ngeri itu.

Ohmedia remaja Putus Kepala

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: New York Post


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas