Connect with us

Oh! Media

Seram! 5 Penampakan ‘Entiti’ Yang Pernah Tular Dalam Industri Muzik Malaysia

Trending

Seram! 5 Penampakan ‘Entiti’ Yang Pernah Tular Dalam Industri Muzik Malaysia

Mahluk halus merupakan sebuah makhluk yang tidak mempunyai jasad dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kadang-kalanya mereka mendiami di kawasan yang tidak berpenghuni serta kawasan gelap. Di Malaysia sahaja terdapat pelbagai jenis mahkluk halus dan sebahagian masyarakat juga pernah terlihat entiti misteri itu.

ADVERTISEMENT

Namun begitu, kemunculan entiti misteri ini juga pernah muncul dalam industri seni di Malaysia. Walaupun kedengaran agak mengarut, kelibat ini dikatakan pernah muncul dalam muzik video di Malaysia sehingga menjadi tular dalam kalangan masyarakat. Kelibat entiti ini juga sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya netizen sama ada ianya adalah benar atau hanya palsu semata-mata.

Apapun, mari kita imbas lima penampakan yang pernah tular di Malaysia melibatkan industri muzik tempatan.

1. Malaysian Boy (2011)

Sebuah lagu yang diterbitkan pada tahun 2011 bertajuk Malaysian Boy merupakan salah satu hasil karya yang unik. Hal ini kerana lagu yang berunsur rap ini mengandungi tiga jenis bahasa iaitu Melayu, Cina dan inggeris selain turut menunjukkan perpaduan dalam bangsa-bangsa di Malaysia dalam muzik videonya. Penyanyi lagu ini termasuk Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, dan Rabbit Mac.

Menurut artikel BeautifulNara, lagu ini juga dikatakan telah menciplak lagu hasil nyanyian Kenye West bertajuk yang bertajuk American Boy sehingga ada pihak yang mengatakan selebriti antarabangsa itu ingin menyaman Altimet oleh sebab mencuri lagunya tanpa kebenaran.

Namun, lagu ini pernah menjadi kontroversi ketika itu apabila netizen merungkai sebuah entiti tidak dikenali muncul dalam klip video lagu ini. Entiti seakan-akan pontianak itu muncul pada bahagian tepi dan hanya menampakkan separuh entiti tersebut sebelum scene bertukar di kawasan lain. Netizen boleh melihat kelibat itu pada minit ke 0.40 saat seperti gambar di atas.

Penampakan itu jelas menjadi tanda tanya netizen ketika itu sehingga perkara ini menjada trending dia sosial media. Netizen juga turut memberikan andaian tersendiri tentang penampakan itu. Namun, kemunculan entiti misteri itu sehingga kini menjadi misteri sama ada ianya benar ataupun palsu.

2. Adat Berkasih (2003)

Adat Berkasih merupakan sebuah muzik bergenre Pop yang dinyanyikan oleh Arwah Achik Spin bersama rakan duetnya, Siti Nordiana. Lagu ini diterbitkan pada tahun 2003 dan sudah semestinya menjadi salah satu lagu kegemaran masyarakat untuk didendangkan pada radio pada zaman dahulu.

Namun, disebalik keindahan lagu yang dinyanyikan oleh dua penyanyi berbakat tanah air ini, terdapat kontroversi yang mengaitkan tentang muzik videonya yang dikatakan terdapat penampakan entiti muncul dalam klip video berkenaan. Lihat gambar di bawah:

Menurut Blog emmafanirma, terdapat sebuah penampakan berambut panjang serta berbaju putih sedang duduk di samping Arwah Achik Spin. Penampakan tersebut boleh dilihat pada minit ke 0.40. Sehingga sekarang, masih tidak dapat dipastikan sama ada ia disengajakan atau memang betul penampakan yang muncul secara tiba-tiba.

3. Takkan Kembali (2019)

Takkan Kembali merupakan sebuah lagu ciptaan daripada komposer, Rumhadi Rumnan serta dinyanyikan oleh penyanyi baharu berbangsa India, Hashmitha selvam. Lagu bergenre rakyat ini mendapat perhatian daripada penggemar muzik tempatan oleh kerana terdapat keunikan daripada lirik lagu tersebut.

Walaubagaimanapun, lagu ini juga dikatakan turut dikaitkan dengan kejadian mistik. Menurut laporan Harian Metro, Komposer Takkan Kembali, Rumhadi Rumnan turut mengatakan bahawa terdapat kejadian mistik ketika proses pengambaraan yang mana seorang kru dimasukkan ke hospital sehari selepas penggambaran di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam dan seorang lagi pengsan ketika membuat suntingan muzik video itu.

Namun yang menjadi perhatian tentang lagu tersebut bukanlah penampakan entiti, sebaliknya terdapat adegan seakan-akan seseorang berbisik dalam muzik video berkenaan. Penonton boleh mendengarkan adegan misteri itu pada minit ke 2:10 hingga 2:12.

Pihak produksi mengetahui terdapat adegan ‘berbisik’ itu apabila ramai netizen yang menghantar mesej serta memberikan komen pada ruangan Youtube itu bagi memaklumkan tentang kejadian itu. Perkara itu tidak dinafikan oleh Rumhadi selain turut mengatakan kebenaran tentang perkara mistik melibatkan lagu berkenaan.

4. Monalisa (2020)

Monalisa merupakan sebuah lagu bergenre Pop dan dikeluarkan pada tahun 2020 hasil sentuhan komposer dan penerbit terkenal, Omar K. Lagu ini dinyanyikan oleh seorang penyanyi bernama Ryan Deedat yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan RVL sebelum bergerak secara solo pada tahun 2017.

Lagu ini seakan mendapat inspirasi daripada lukisan pelukis terkenal, Lenardo Da Vincci berkenaan lukisan Monalisa yang menggambarkan senyuman misteri daripada seorang wanita yang mampu menarik perhatian masyarakat. Sama seperti lagu ini, ia menggambarkan sebuah lagu yang mesra didengari serta alunan yang menusuk kalbu.

Namun, selain melodinya yang indah, terdapat sebuah kontroversi mengaitkan penampakan entiti dalam muzik video tersebut. Perkara itu disedari oleh netizen apabila terdapat penampakan pocong pada akhir-akhir klip video tersebut.

Memetik artikel Gempak, adegan itu boleh dilihat pada minit ke 3:21 yang mana memaparkan sesosok mahluk berwarna putih yang dikatakan pocong menjadi tular di media sosial. Perkara itu disedari oleh seorang pengguna bernama Mohd Izwandy yang memaklumkan perkara itu melalui ruangan komen selepas seminggu video itu dimuat naik.

Ryan yang menyedari perkara itu selepas menjadi perbualan dalam kalangan netizen mengakui terdapat perkara aneh yang berlaku semasa tempoh pengambaraan, namun dia tidak menyangka entiti itu boleh muncul dalam video klip tersebut.

5. OST Pengabdi Setan Cover by Naim Daniel (2017)

Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, merupakan seorang pelakon semasa awal kariernya dalam industri hiburan. Namun tanpa disedari, Naim Daniel mula berkecimpung dalam industri muzik tanah air sehingga namanya kini semakin dikenali dalam kalangan masyarakat.

Naim Daniel sebelum ini terkenal dengan menyanyikan lagu penyanyi lain (Cover) sehingga masyarakat mula menerima keberadaannya dalam industri muzik. Naim juga pernah dinobatkan sebagai pemenang dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 dengan mendendangkan album terbarunya ketika itu berjudul Sumpah.

Namun, disebalik namanya yang kian meningkat naik, Naim Daniel juga turut terlibat dalam penampakan entiti. Ianya bukanlah dalam muzik videonya, tetapi kelibat itu terlihat ketika Naim sedang cover lagu tema Pengabdi Setan. Video berdurasi 34 saat itu terlihat penampakan kelibat putih sedang berjalan di belakang Naim sehingga mengejutkan ramai pihak.

Kelibat itu boleh dilihat pada video tersebut pada minit ke 0.10 memperlihatkan entiti misteri itu. Menurut YouTube Mstar, Naim Daniel ketika dihubungi mengakui kelibat itu bukanlah gimik sebaliknya perkara yang benar berlaku. Kejadian yang berlaku di rumah sewanya itu sememangnya mengejutkan Naim sehingga dia bercadang mengadakan bacaan Yassin bagi meredakan keadaan rumah sewanya itu. Lihat Video penuh di bawah.

Kesimpulannya, entiti misteri atau lebih dikenali sebagai mahluk halus ini sememangnya wujud dan Ia kadang-kala muncul dari kalangan jin dan iblis. Kita sebagai umat islam perlu percaya kepada kewujudan jin dan syaitan, namun ia bukanlah alasan supaya kita takut kepada mereka (Hantu). Pegangan yang kuat kepada agama, Insha Allah kita berani menghadapi semua perkara ini.

Kredit: BeautifulNara I emmafanirma I Harian Metro I Gempak I Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas