Connect with us

Oh! Media

Seorang Wanita Warga Asing Diselamatkan Polis Dari Dilacur Lelaki

warga asing

Trending

Seorang Wanita Warga Asing Diselamatkan Polis Dari Dilacur Lelaki

Sebenarnya banyak kes penipuan melibatkan warga asing yang dijanjikan pekerjaan yang baik dan lumayan tetapi sebenarnya hanya perangkap.

ADVERTISEMENT

Itulah yang mungkin dialami seorang wanita warga asing yang diselamatkan pihak polis selepas dipaksa menjadi pelacur di sebuah premis di Taman Fadason, Jinjang Kuala Lumpur.

Paksa melacur tanpa gaji

Serbuan kira-kira jam 11 pagi Ahad, semalam melibatkan sepasukan polis dari Balai Polis Jinjang selepas mendapat maklumat berlaku aktiviti pelacuran.

Hasil siasatan awal, polis mendapati seorang tangkapan wanita warga asing yang berusia 39 tahun itu dipaksa melacur dan tidak dibayar gaji.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan mangsa masuk ke Malaysia 2 minggu lalu ikut jalan Stulang, Johor dan ditawarkan kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan (GRO). Mangsa bagaimanapun ditipu selepas turut dipaksa menjadi pelacur.

17 wanita melacur ditahan

Kesemua 17 wanita itu bekerja kira-kira dua tahun di Malaysia dan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kini kesemua suspek ditahan reman yang mana 17 wanita warga asing ditahan reman selama 14 hari sehingga 27 Ogos ini, manakala lelaki warga tempatan ditahan reman selama enam hari sehingga 19 Ogos ini untuk membantu siasatan.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas