Video itu dikongsikan seorang pengguna Facebook dan mengundang rasa kurang senang rata-rata penduduk negeri itu.
Wanita berambut panjang yang dikenali sebagai Dayana itu dilihat menggayakan beberapa pakaian seksi di sekitar bandar Kota Bharu seperti Taman Hijau dan tempat tarikan pelancong yang terkenal, Dataran Rehal, Kelantan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam wanita berkenaan kerana dianggap telah memburukkan imej negeri Kelantan.
Malah, ramai yakin bahwa wanita itu melakukan video ‘cat walk’ tersebut selepas waktu tengah malam atau pada awal pagi ketika tidak ramai orang di situ. Ini kalau buat waktu ramai orang memang kena.