Oh! Tidak

Sekelip Mata Jadi Anak Yatim Piatu, Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

Published on

Abdur Rahman Amir Ruddin, yang ditemubual bersama pihak Harian Metro berkata dirinya baru sahaja berjumpa dengan ibu bapa dan adik-adiknya sebelum mereka bertolak untuk menghantar ibu mengajar di Sekolah Agama Kemedak, Segamat.

Dalam pada itu, Abdur Rahman merupakan anak sulung kepada Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, yang terbunuh bersama empat lagi adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, di sini, semalam.

Saya tidak terkata-kata apatah lagi mendapat tahu ibu, Abi dan empat adik turut meninggalkan kami.

Menurut Abdur Rahman, pada hari kejadian dia ada menerima mesej di WhatsApp serta sekeping gambar yang disusuli dengan tulisan ‘kami balik dulu’ pada 3.08 petang.

Malah, ia merupakan mesej terakhir yang diterima sebelum dia menerima berita mengenai kemalangan maut ahli keluarganya.

Tidak terlintas di fikiran saya akan jadi anak yatim piatu sekelip mata.

Difahamkan keadaan adiknya, Abdullah, yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat, Abdur Rahman berkata adiknya itu masih dalam keadaan kritikal dan kini berdoa agar selamat.

BACA: Hancur Hati Dapat Tahu Ibu Bapa Maut Kemalangan Selepas Hantar Daftar Kolej Matrikulasi

Sebelum ini kami ada kongsikan kisah mengenai adik Fatin Syafika selepas dapat tahu ibu bapanya maut kemalangan sebaik sahaja selesai pendaftaran Kolej Matrikulasi Perak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7273779483864206610?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Exit mobile version