Connect with us

Oh! Media

Sedih Hati Seorang Ibu Bila Anak Mengadu Dikutuk Kulit Gelap Dan Dipalau Pada Hari Pertama Sekolah

sekolah

Trending

Sedih Hati Seorang Ibu Bila Anak Mengadu Dikutuk Kulit Gelap Dan Dipalau Pada Hari Pertama Sekolah

Sebelum ini kami ada kongsikan gelagat ibu bapa hantar dan melihat anak dari luar pagar sekolah pada hari pertama persekolahan. Bagi anak-anak pula, alam persekolahan adalah sesuatu yang tidak dapat mereka bayangkan dan mencari kenalan baru merupakan salah satu keseronokkan yang dinanti-nantikan apabila pergi ke sekolah.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, tak semua pelajar berasa seperti itu, sama seperti seorang murid yang baru saja memasuki sekolah rendah ini, apabila permulaannya tidak bermula dengan baik.

Melalui perkongsian ibu pelajar itu di platform TikTok, anak perempuannya yang baru berusia 7 tahun mengadu bahawa dirinya tidak didekati oleh rakan sebaya kerana berkulit gelap.

Sedih hati seorang ibu bila anak semangat nak pergi sekolah tiba-tiba balik mengadu macam-macam sampaikan tidak mahu pergi sekolah dah. – Luah hati ibu kepada anak terbabit.

Lagi membuatkan hati si ibu berasa sedih apabila anaknya memberitahu dimaki ketika berada di sekolah tapi tidak tahu sebab diperlakukan seperti itu.

Difahamkan juga, anak perempuannya sering menangis setiap kali pulang ke sekolah dan hal itu sudah semestinya menghancurkan hatinya sebagai seorang ibu.

@cintaaini96 sedih dan sayunya hati bila org kata mcm² kat anak … ank dh semnagat nak ke sekolah sampaikan xnak ke sekolah 😔…. baru darjah 1 dah pandai membuli ngn kata😪#viraltiktok ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Video TikTok

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen luahkan rasa kesal dengan kelakuan pelajar pada zaman ini yang dianggap tidak bermoral serta tidak beradab.

komen tiktok

Semoga adik ini lebih bersemangat dan tak putus asa untuk jadi yang terbaik.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas