Connect with us

Oh! Media

Sedih, Belalai Anak Gajah Dipotong Kerana Terkena Perangkap

anak gajah

Oh! Tidak

Sedih, Belalai Anak Gajah Dipotong Kerana Terkena Perangkap

Kejadian di pulau Sumatera, Indonesia, anak gajah telah terkena perangkap pemburu haram yang menjerat spesies terancam dan belalainya terpaksa dipotong separuh.

ADVERTISEMENT

BACA: Alasan Covid-19, Zimbabwe Umum Bakal Jual Lesen Tembak Gajah

Menurut laporan Media Permata, anak gajah itu berumur setahun dan merupakan antara 700 gajah liar Sumatera di pulau itu.

Memburu haiwan untuk dapat duit

anak gajah

Menerusi Media Permata, Agus Arianto, ketua agensi pemuliharaan di wilayah Aceh mengatakan anak gajah itu ditemui dalam keadaan yang sangat lemah dan perangkap itu masih tertanam dalam belalainya yang mengakibatkan ia hampir putus.

Perangkap itu memang digunakan untuk memburu haiwan terancam untuk mendapatkan wang.

Kami akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dalam siasatan ini.

Katanya juga, gajah itu nampaknya telah ditinggalkan oleh rakannya yang lain disebabkan oleh keadaannya yang semakin teruk selepas terkena perangkap. Belalai gajah itu terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya.

Kes pemburuan haram semakin meningkat di Sumatera atas alasan terkesan dari pandemik Covid-19. Kesian gajah ni, jadi mangsa atas sikap mereka yang tidak berperikemanusiaan. Semoga mereka ini dikenakan balasan yang setimpal kerana menyeksa haiwan yang tidak berdosa.

Kredit: Media Permata

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas