Connect with us

Oh! Media

“Saya Hormati Permintaan Ustaz Kazim” – Individu Lakar Wajah Penyihir Tarik Balik Video Di TikTok

Trending

“Saya Hormati Permintaan Ustaz Kazim” – Individu Lakar Wajah Penyihir Tarik Balik Video Di TikTok

Beberapa hari yang lalu, tular satu video dimuat naik seorang pengguna bernama @NeoPawangDiraja di TikTok memaparkan lakaran wajah individu yang dikatakan menyihir Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Timbulkan Tuduhan Pada Sesiapa” – Ustaz Kazim Minta Henti Sebarkan Ukiran Wajah ‘Tukang Sihir’

Tidak selesa dengan perkara ini, Ustaz Kazim tampil membuat satu kenyataan melalui hantaran Facebook beliau meminta agar video tersebut ditarik balik bagi mengelakkan penyebaran fitnah dalam kalangan masyarakat.

Hormat dengan permintaan Ustaz Kazim

Terbaru, individu yang membuat lakaran wajah itu memuatnaik satu video maklum balas terhadap permintaan yang dibuat Ustaz Kazim.

@official_neopawangdiraja Sy Hormati permohonan Ustad Kazim Ilyas,”Semoga Ustad Di Beri Kesembuhan” #UKE #neopawangdiraja #fyeシ #fyeeeeeeeeeepppppp #Fyp #foryou #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – NeoPawangDiraja

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan membuat satu permohonan maaf dan bertindak menarik semula video yang dimuatnaiknya seperti yang diminta Ustaz Kazim.

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah saya terima respons daripada Dato’ Ustaz Kazim Elias di laman Facebook peribadi beliau memohon agar saya menghapuskan lakaran yang saya buat di dalam video saya yang telah tular baru-baru ini.

Dengan rela hatinya saya telah memadam segala video tersebut baik di Facebook dan akaun TikTok saya. Saya memohon seribu kemaafan kepada Ustaz Kazim Elias dan saya sangat menghormatinya.

Tindakan dipuji netizen

Tindakan lelaki berkenaan yang menarik semula video itu mendapat respon yang positif dari netizen. Rata-rata mereka memuji tindakannya yang menghormati permintaan Ustaz Kazim dan meminta agar dia memaafkan orang yang mengutuknya.

Kredit: TikTok NeoPawangDiraja

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas