
Oh! Tidak
Sanggup Beratur 7 Jam Nak Beli Dessert, Kieda Crepe Menangis Pelanggan Lawan Lawan Maki
Oleh
Usahawan pemanis mulut terkenal di Utara, Kieda Crepe baru-baru ini telah mengadakan jualan di Shah Alam.
Siapa sangka, ramai pelanggan yang hadir sehingga mereka perlu beratur berjam-jam untuk mendapatkan pemanis mulut dan makanan daripada vendor yang dibawanya.

Tetapi, berlaku pula kekecohan apabila para pelanggan bergaduh sesama sendiri ketika menunggu. Ada juga pelanggan yang tak sabar apabila memaki hamun dan menolak pekerja Kieda Crepe.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, peniaga ini berkata ada yang menampar pekerja dan mengajak suaminya bertumbuk. Tak kurang juga yang mengajarnya bagaimana untuk menguruskan acara besar sebegini.
Selalu dia “marah”, cakap kuat2 kat kedai dia, kalini dia pulak kena marah dengan orang sini sampai nangis 😭😭 pic.twitter.com/Lv13UYrIt8
— aLeL 🍊 (@AzlilAdzif) May 27, 2023
Menurut Kieda, dia dah buat yang terbaik namun sambutan orang ramai membuatkan ada yang perlu menunggu selama 7 jam.

Katanya, dia tak mampu memberi layanan aircond kerana dia juga berpanas pada hari jualan itu. Dia juga tak mampu nak memuaskan ribuan pembeli yang hadir.
Hmm, macam-macam dugaan berniaga ni kan? Semoga Kieda kuat.
Kredit: Twitter AzlilAdzif | TikTok Kieda Crepe
