Connect with us

Oh! Media

Saksi Ke-7 Mengenai Kes Gangguan Seksual Ebit Lew Ada Bukti Gambar Dan Video Dalam Telefon

Oh! Tidak

Saksi Ke-7 Mengenai Kes Gangguan Seksual Ebit Lew Ada Bukti Gambar Dan Video Dalam Telefon

Lama betul tak dengar mengenai kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew kan?

ADVERTISEMENT

BACA : Ini Perkembangan Terkini Mengenai Kes Ganggual Seksual Ebit Lew

Terbaru! Saksi ketuhuh perbicaraan bagi kes tersebut memaklumkan terdapat 436 keping gambar daripada sebuah telefon pintar dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bukan tu jer, terdapat juga empat rakaman vudek dan 219 gambar tangkap layar dalam telefon berkenaan dan perkara ini dikatakan sendiri seorang juruanalisis Kanan Audio Video PDRM.

Menurut laporan Harian Metro, juruanalisis itu memaklumkan telefon yang disimpan dalam sampul surat berwarna putih berkenaan telah dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras, Selangor pada pukul 3.20 petang pada 9 Ogos 2021 di tempat bertugasnya.

ebit lew

Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat.

Beliau memaklumkan bahawa mengambil masa kira-kira tiga jam untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefon itu sebelum membuat salinan data yang diperoleh itu ke dalam dua cakera padat PDRM yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan.

Tambahnya, satu CD itu tersimpan 436 gambar beserta empat rakaman video manakala satu CD lagi mengandungi 219 gambar tangkap layar menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah turut memberitahu hasil pemerhatiannya mendapati empat video yang ditayangkan dalam mahkamah hari ini tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.

Hal ini dikatakan demikian kerana ke semua video berkenaan dimainkan bergerak secara ‘frame by frame’ kerana video yang telah disunting akan menjadi ‘jumping’.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas