Connect with us

Oh! Media

“Rezeki Dari Allah” – Bakal Ibu Tak Rasa Membazir, Beli Barang Baby Total RM50k

bakal ibu

Trending

“Rezeki Dari Allah” – Bakal Ibu Tak Rasa Membazir, Beli Barang Baby Total RM50k

Siapa je tak excited nak sambut kelahiran anak pertama kan? Mesti semua bakal ibu akan sediakan kelengkapan bayi dengan sempurna, termasuk baju, seluar, stroller dan sebagainya!

ADVERTISEMENT

Namun, tular di media sosial baru-baru ni, adik ipar Iqbal Zulkefli telah berbelanja sebanyak RM50,000 untuk menyambut kelahiran anaknya yang pertama.

BACA: Gadis Mengidam Lamborghini RM3 Juta Rupanya Adik Ipar Iqbal

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, Ayunie atau lebih dikenali sebagai Yunie telah membuat satu video unboxing beg keperluan bayi dan persiapan untuk bersalin.

@ayunieso24 kdg kita struggle cari duit sbb nk bahagiakn org tersayang . nk masa dpn indah. tkkisah berapa banyak utk baby sendiri #vitamilk #Fyp #foundervm ♬ original sound – ayunieso

Perbelanjaan RM50,000 itu telah habis dalam masa satu hari je untuk membeli keperluan anak sulungnya dan dirinya.

Walaupun kita rasa RM50,000 itu merupakan satu jumlah yang besar, tapi bagi Yunie, ia bukanlah satu pembaziran. Baginya, jika dia gembira menyediakan semua ini, pasti anaknya juga akan gembira.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen, ada yang menjadikan Yunie sebagai pembakar semangat untuk bekerja dengan lebih keras, ada yang mengatakan tidak perlu membazir habiskan wang yang banyak macam tu.

bakal ibu
bakal ibu

Semoga semua bakal ibu yang akan melahirkan anak, dimurahkan rezeki dan mampu untuk beli semua yang dihajati! Ingat, ukur baju di badan sendiri tau, beli apa yang mampu okay!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas