Connect with us

Oh! Media

Remaja Singapura Rancang Serangan Ke Atas 100 Jemaah Masjid

Oh! Tidak

Remaja Singapura Rancang Serangan Ke Atas 100 Jemaah Masjid

Kecoh di Singapura apabila seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana merancang untuk melakukan serangan berdarah ke atas jemaah masjid.

Apa yang lebih mengejutkan, sasarannya adalah untuk membunuh sekurang-kurangnya 100 orang jemaah selepas solat Jumaat.

IKLAN

Remaja terpengaruh dengan fahaman white supremacist…

Remaja berkenaan, yang terpengaruh dengan fahaman white supremacist, menggelarkan dirinya sebagai ‘East Asian Supremacist’ dan dikatakan sangat mengagumi Brenton Tarrant, pelaku serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand pada tahun 2019.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISA), remaja itu telah mengenal pasti lima buah masjid sebagai sasaran dan merancang untuk menyiarkan serangan secara langsung di media sosial.

Dia memberitahu ISA dengan terus terang—jika berjaya mendapatkan pistol, dia akan melancarkan serangan itu secara langsung (live-stream.- Ujar Menteri Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam.

Suspek terlibat dengan rangkaian dalam talian…

Remaja terbabit turut dikaitkan dengan Nick Lee, seorang pemuda berusia 18 tahun yang sebelum ini ditahan kerana merancang serangan serupa. Kedua-dua mereka dipercayai berhubung secara dalam talian.

Kes ini membuktikan bahawa pengaruh kandungan ekstremis di internet semakin mencengkam minda golongan muda di republik itu.

#ApaKataOhmedia

Pengaruh radikalisme boleh muncul dalam pelbagai bentuk, termasuk ideologi yang menyusup masuk secara senyap di platform digital. Golongan muda mudah terdedah kepada naratif palsu jika tidak dibimbing dengan betul.

Sebagai ibu bapa, guru dan masyarakat, penting untuk sentiasa peka dengan perubahan sikap dan pergaulan anak-anak di dunia maya agar mereka tidak tersasar.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: AFP


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas