Oh! Tidak
Remaja 17 Tahun Ditahan Reman Kes Kematian Tragis Nuraina Humaira
Kes kematian tragis Nuraina Humaira, kanak-kanak Orang Asli berusia 10 tahun, semakin mendapat perhatian apabila terdapat kemungkinan dia dirogol sebelum dibunuh.
Proses bedah siasat menunjukkan terdapat kesan koyakan di kemaluan mangsa, menguatkan syak wasangka ini.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, memaklumkan bahawa terdapat juga kecederaan akibat tekanan pada leher mangsa, menyebabkan kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Remaja 17 tahun ditahan reman…
Dalam perkembangan terkini, seorang remaja berusia 17 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes ini. Remaja tersebut disyaki terlibat dalam kematian Nuraina Humaira yang ditemui di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Majistret Nurul Asyifa Redzuan telah membenarkan permohonan reman ke atas suspek bermula hari ini sehingga 25 Ogos untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pemeriksaan lanjut ke atas suspek mendapati dia tiada rekod kesalahan lampau.- Kata Mohd Khaizam.
Beberapa penduduk kampung turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes ini.
Terdahulu, mayat Nuraina Humaira ditemui di kawasan berpaya di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu dalam keadaan terbaring selepas dilaporkan hilang pada Jumaat lalu.
BACA: Kanak-Kanak Hilang Nuraina Humaira Disyaki Dirogol Sebelum Dibun*h
Mangsa yang juga seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) cacat pendengaran dan lembam, kali terakhir dilihat di Surau Madrasah Darulsalam, kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM