Oh! Tidak

Keluarga Mangsa Bakar Sungai Besar Luah Rasa Sayu, “Rehatlah Sayang”

Published on

Di TikTok, ahli keluarga mangsa dibakar kekasih memohon orang ramai tak menyebarkan gambar arwah untuk menghormati keluarga yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.

Jelasnya ahli keluarga lagi, biar pihak polis sahaja yang melakukan siasatan dan orang ramai diminta tak mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan video arwah.

Keluarga mangsa kena bakar mohon padam video

@wanirshid Rehatlah sayang. Mengadu lah dekat mak abah awak di syurga 🤲🏻🤍. #sungaibesar #fyp ♬ Tertawan Hati – Awdella

Menurut jiran yang enggan didedahkan identiti, mangsa adalah anak yatim piatu dan disifatkan sebagai pendiam.

Rehatlah sayang. Mengadulah dekat mak abah awak di syurga.

Jelas jiran lagi, ibu mangsa meninggal dunia tahun lalu, manakala bapanya pula meninggal setahun sebelum itu. Dia sebagai jiran terkejut apabila gambar mangsa mula tersebar di media sosial kerana amat mengenalinya.

Mangsa dikatakan sudah 10 tahun menyewa di kawasan taman perumahan itu bersama dua adik beradiknya. Mangsa hanya keluar untuk bekerja dan tak banyak bercakap.

BACA:Mayat Dibakar Di Sungai Besar, Suspek Mengaku Bunuh Untuk Rahsiakan Hubungan Luar Nikah

Kredit: Berita Harian | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version