Connect with us

Oh! Media

Ramai Loya Tekak Tengok Kuku Panjang Wanita Ini, Nak Makan Pun Susah!

Trending

Ramai Loya Tekak Tengok Kuku Panjang Wanita Ini, Nak Makan Pun Susah!

Di TikTok, seorang wanita mengundang kecaman ramai gara-gara menyimpan kuku terlalu panjang. Dalam satu rakaman video, wanita itu dilihat makan di sebuah restoran menggunakan tangan menyebabkan ramai berasa loya.

ADVERTISEMENT

Walaupun sudah dinasihati, wanita itu dipercayai tidak mengendahkan kata-kata orang ramai. Malah, dia mempertahankan diri menyatakan perkara itu tidak menjejaskan sesiapa.

@dewiyahya_79 Membalas @@ummyyysh ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai mempertikaikan bagaimana wanita ini menguruskan diri sendiri dengan keadaan kukunya begitu. Macam mana nak cebok tu?

Di Youtube, pendakwah Ustaz Azhar Idrus ada menerangkan hukum menyimpan kuku. Menurut beliau, adalah sunnah jika kuku dipotong pendek dan harus jika kuku tidak melebihi tangan.

Jika kuku lebih daripada tangan sendiri, ada sesetengah ulama berkata ianya makruh. Manakala jika kuku terlalu panjang menyamai orang kafir, hukumnya adalah haram.

Kredit: TikTok @dewiyahya_79 | Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas