Connect with us

Oh! Media

Rakyat Indonesia Serbu Kedai Emas! Rupiah Menjunam Paras Terendah

Ohmedia kedai emas indonesia

Oh! Tidak

Rakyat Indonesia Serbu Kedai Emas! Rupiah Menjunam Paras Terendah

Ratusan rakyat Indonesia kini beratur panjang di kedai emas gara-gara nilai mata wang rupiah yang terus merudum. Langkah ini diambil sebagai usaha melindungi nilai aset mereka dalam situasi ekonomi yang makin tidak menentu.

Kejatuhan nilai rupiah dan saham menyebabkan ramai mula beralih kepada pelaburan emas yang dianggap lebih selamat.

Dasar tarif Amerika jadikan lebih teruk!

Image

Indonesia kini turut tidak terlepas dari terkesan dengan dasar tarif import baharu yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Walaupun pakar ekonomi menjangka kesannya terhadap Indonesia mungkin terhad, namun sektor eksport seperti elektronik, kasut dan pakaian tetap terjejas.

IKLAN

Akibatnya, keyakinan pelabur mula tergugat dan ramai mula mencari alternatif untuk selamatkan simpanan mereka.

Jualan emas meletup di Jakarta…

Image

Menurut Pengarah Galeri24, Endah Susiani, jualan emas meningkat tiga kali ganda selepas Aidilfitri. Kedai mereka kini mampu menjual lebih 65 kilogram emas setiap hari!

Kami menerima hampir 200 pelanggan sehari di cawangan Jakarta sahaja, kebanyakannya membeli emas kecil seberat 10 gram. – Endah Susiani

Ramai dah tak percaya saham…

Image

Seorang pembeli, Suhud Syahrani, 35, yang bekerja dalam bidang IT berkata dia buat keputusan untuk beli emas selepas mengkaji pilihan pelaburan jangka panjang.

Saya mahu membeli rumah suatu hari nanti. Nasib baik saya tidak letakkan wang dalam saham atau dana amanah. Pasaran saham runtuh. Ekonomi kita semakin lemah. – Suhud Syahrani

Rupiah kini berada di paras paling rendah iaitu 16,970 rupiah bersamaan AS$1.36. Lebih membimbangkan, Indeks Harga Saham Gabungan (IHSG) Indonesia jatuh lebih 7% dalam tempoh sehari!

#ApaKataOhmedia

Bila mata wang mula goyah dan pasaran saham merudum, emas memang jadi pelaburan selamat untuk jangka masa panjang. Rakyat Indonesia bertindak cepat, lindungi aset sebelum segalanya jatuh lebih teruk.

Ohmedia rasa ini pengajaran penting, sentiasa peka dengan perubahan ekonomi dan jangan letak semua telur dalam satu bakul. Mungkin dah tiba masa untuk kita fikirkan semula strategi kewangan sendiri. Bersedia sebelum terlambat!

Kredit: Sinar Harian
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas