Pandai meniaga katanya, sekali tengok banyak hutang. Itulah perkara yang didedahkan seorang rakan niaga kepada usahawan viral yang kini dikenali sebagai Mak Cik Kemboja.
BACA: PDRM Terima 7 Laporan Berkaitan Peniaga Kemboja Dakwa Orang Melayu ‘Malas’
Perkara itu didedahkan seorang lelaki di TikTok di mana Mak Cik Kemboja dikatakan berhutang terhadap syarikat mereka. Difahamkan lelaki itu menjalankan perniagaan menjual renda dan aksesori baju di mana mereka pernah bekerjasama dengannya.
Kata individu itu, ada rakan niaga yang berhutang dengan syarikat mereka tetapi syarikat Mak Cik Kemboja paling susah nak bayar hutang.
Sebelum ini, nama usahawan kelahiran Kemboja ini viral di media sosial selepas mengatakan orang Melayu pemalas.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.