Connect with us

Oh! Media

Raih RM12,000 Sebulan Hanya Dengan Mengemis! Empat Warga Asing Ditahan Di Johor

Ohmedia pengemis Warga Asing

Oh! Tidak

Raih RM12,000 Sebulan Hanya Dengan Mengemis! Empat Warga Asing Ditahan Di Johor

Siapa sangka aktiviti mengutip derma atau mengemis memberi pendapatan lumayan. Mana tidaknya ada segelintir pengemis berjaya menerima sehingga RM400 sehari atau RM12,000 sebulan, biar betul?

Memetik laporan Kosmo!, dalam operasi Ops Kutip dan Ops Jaja yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor kelmarin, pihaknya berjaya menahan empat warga asing.

Pengemis raih RM400 sehari, RM12,000 sebulan

Pengemis

Operasi di pasar malam Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, Johor Bahru itu dibuat selepas pihak imigresen menerima aduan daripada orang awam.

IKLAN

Difahamkan, kegiatan pengemis warga asing ini sudah dipatahkan sebelum ini namun digantikan dengan orang baru.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga Thailand, seorang lelaki warga Kemboja dan seorang lelaki warga Pakistan.

Pengemis yang ditahan dipercayai kudung sebelah kaki dan ada yang menggunakan alasan membiayai sekolah tahfiz atau institusi keagamaan untuk meraih simpati.

Mereka dipercayai menjalankan aktiviti mengemis di pasar malam tersebut sejak lebih tiga bulan yang lalu. Lokasi tersebut menjadi tumpuan kerana lokasinya yang strategik dan mendapat pendapatan lumayan.

#OhmediaNasihat

Kisah ini menjadi peringatan penting buat kita semua untuk sentiasa peka dengan aktiviti yang berlaku di sekitar. Jangan mudah tertipu dengan kegiatan seperti ini yang seringkali mengambil kesempatan di tempat-tempat awam. Mari sama-sama membantu pihak berkuasa dalam mengekang gejala ini demi kesejahteraan kita semua.

Ohmedia pengemis Warga Asing

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas