Connect with us

Oh! Media

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cuba Mengelak Tunjuk Rakaman CCTV, Akhirnya Kantoi Mendera

Dera kanak kanak cheras ohmedia

Oh! Tidak

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cuba Mengelak Tunjuk Rakaman CCTV, Akhirnya Kantoi Mendera

Lagi dan lagi kes dera melibatkan kanak-kanak di sebuah pusat jagaan dan kali ini ia berlaku di Cheras. Kejadian ini terdedah melalui satu rakaman video yang tersebar di mana terlihat seorang guru menolak kepala seorang kanak-kanak perempuan ke lantai.

Perkara itu disedari ibu mangsa selepas anaknya menangis tidak mahu ke sekolah seperti biasa. Ibu mangsa kemudian memohon untuk melihat rakaman CCTV pusat jagaan terbabit.

Permintaan si ibu ditolak namun dibenarkan setelah memohon kepada HQ pusat asuhan tersebut.

IKLAN
Image 5

Malangnya saya hanya diberi tengok secara rawak macam tu je. Saya juga kecewa kerana mereka tidak melakukan penyiasatan secara menyeluruh selepas saya membuat laporan anak saya takut untuk ke sekolah.

Bapa mangsa sebelum itu telah mengambil anak di tadika dan staf bernama Athirah memaklumkan anaknya, Rania telah dilanggar olehnya ketika bermain.

Setelah didapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan, ibu mangsa mendesak untuk melihat rakaman litar tertutup sebelum mendapati anaknya telah dihempuk ke lantai di bahagian muka serta dicubit oleh si pelaku.

Image 4

Katanya dia terlanggar anak kami dan Rania terjatuh sedangkan dia yang tolak kepala anak aku!

Rania kini dilaporkan sedang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan fizikal dan dalaman.

Perkongsian tersebut telah mencetuskan rasa marah dalam kalangan netizen berharap tindakan selanjutnya dapat diambil ibu bapa dan pihak berkuasa.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas