Oh! Tidak
Premis Di Sungai Petani Diserbu, ‘COD’ Makanan Kepada Geng Plastik Hitam Seawal 11 Pagi
Premis terlindung yang beroperasi melalui pintu belakang di Sungai Petani, Kedah tumpas selepas diserbu pihak berkuasa.
BACA: Awas Geng Plastik Hitam! Anda Sedang Diperhatikan JAWI
Lapor Sinar Harian, premis di Tikam Batu tersebut diserbu selepas didapati menjual makanan kepada pelanggan Muslim seawal jam 11 pagi di bulan Ramadan.
Ops Plastik Hitam bongkar taktik tersembunyi

Hasil pemeriksaan, premis menggunakan taktik menghantar nasi bungkus dalam plastik hitam menggunakan ‘runner’ terus ke rumah pelanggan.
Menurut Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf, ketika serbuan Ops Plastik Hitam dibuat, peniaga sedang sibuk membungkus nasi yang ditempah.
Terdapat pelbagai jenis lauk dan minuman yang siap dibungkus. Dua lelaki juga mengaku sebagai runner dan akan buat urus niaga secara hantaran COD kepada pelanggan.
Pelanggan bertempiaran lari, ada yang sempat naik kenderaan!

Lebih dramatik, ketika serbuan dilakukan beberapa pelanggan yang berada di lokasi tersebut bertempiaran lari ke arah belukar di belakang premis.
Ada juga yang sempat menaiki kenderaan sebelum memecut laju meninggalkan kawasan kejadian.
Difahamkan, lima individu telah dikenakan notis mengikut Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana tidak menghormati bulan Ramadan. Mereka diminta untuk hadir ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian