Connect with us

Oh! Media

“Politik Biarlah Matang” – Muat Naik Gambar ‘Mat Sakau’, Aktivis Disindir Adi Putra

Trending

“Politik Biarlah Matang” – Muat Naik Gambar ‘Mat Sakau’, Aktivis Disindir Adi Putra

Seperti yang kita tahu, filem pecah panggung, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ketika ini sedang mula ditayangkan di Netflix.

ADVERTISEMENT

BACA: Mat Kilau Dikritik Lepas Keluar Netflix, Penonton Kata Skrip ‘Cringe’ Macam Tengok Ceramah

Filem epik tersebut walaubagaimanapun mendapat pelbagai respon lebih-lebih lagi daripada penonton yang tidak berkesempatan untuk menontonnya di panggung wayang sebelum ini.

Ada yang teruja dan suka menonton filem tersebut bahkan ada juga yang menghina serta mengkritik hebat filem arahan Syamsul Yusof itu.

Aktivis muat naik gambar ‘Mat Sakau’

Bukan itu sahaja, kejayaan filem epik yang berjaya memasuki pasaran Netflix juga digunakan aktivis terkenal, Fahmi Reza yang memuat naik gambar poster filem berkenaan yang turut menampilkan pelakon utama, Datuk Adi Putra dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

@kuasasiswa

Trending now on Netflix. So much better than Mat Kilau 😊

♬ original sound – CHEF_ZAM91

Politik biarlah matang

Tindakan Fahmi yang memuat naik poster tersebut turut mendapat respon daripada pelakon utama Mat Kilau, Datuk Adi Putra.

Menerusi hantaran dimuat naik Adi Putra, pelakon tersebut mengucapkan terima kasih kepada aktivis berkenaan yang turut mempromosikan filem epik berkenaan di samping turut menitipkan ucapan untuk bersifat matang dalam berpolitik.

Politik biarlah matang @kuasiswa (Fahmi Reza).

Apa pun terima kasih promosi gambar saya dan filem Asal. Allah adalah kekuatan kita, utk mencari kekuatan, carilah Allah. Itulah perbezaan antara akal dan nafsu.

Betul juga apa dikatakan Datuk Adi Putra tu, janganlah semua benda nak dipolitikkan. Layan dan amati sajalah bait-bait serta pengajaran yang terkandung dalam filem tu.

Kredit: TikTok kuasiswa | Instagram adpadiputra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas