Connect with us

Oh! Media

Polis Terkejut, Seorang Pengedar Dadah Mati Mengejut Ketika Serbuan

Trending

Polis Terkejut, Seorang Pengedar Dadah Mati Mengejut Ketika Serbuan

Umum mengetahui, hampir setiap hari kes melibatkan penyalahgunaan najis dadah dilihat sering menghiasi tajuk berita dan akhbar di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Lori ‘Terhuyung-Hayang’ Sebelum Terbabas, Pemandu Positif Dadah

Aktiviti jenayah itu sememangnya menyalahi undang-undang dan seseorang individu mampu dikenakan hukuman yang berat atau berisko dihukum mati.

Pengedar dadah mati ketika serbuan

Namun, terdapat sebuah kejadian yang mana seorang lelaki dipercayai pengedar dadah meninggal dunia selepas polis menyerbu kediamannya.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, telah menyerbu sebuah pangsapuri di Taman Dato Senu semalam.

Pihak berkuasa dikatakan telah menerima maklumat dari orang awam mengenai aktiviti pengedaran dadah di tingkat tiga kediaman tersebut.

Menurut sumber, semasa serbuan, lelaki yang berada di sebuah bilik dikatakan bertindak agresif sehingga berlaku pergaduhan dengan pihak berkuasa.

Lelaki terbabit difahamkan meronta-ronta dan cuba mencapai sebilah sabit, namun pihak polis berjaya menghalang sebelum menggari tangannya dalam bilik sama.

Pemeriksaan dalam rumah di tingkat tiga berkenaan menemui methamphetamine dianggarkan seberat 51.24 gram dan heroin seberat 1.97 gram.

Mati mengejut secara tiba-tiba

Menurut laporan Harian Metro, lelaki terbabit secara tiba-tiba rebah dan pengsan sebelum ambulan dan pegawai perubatan hadir 10 minit kemudian mengesahkan kematiannya.

Lebih menyayat hati, kelihatan ibu serta tiga lagi anak saudara kepada individu tersebut turut berada di dalam rumah semasa serbuan dibuat.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini, kematian lelaki terbabit diklasifikasikan sebagai SDR sehingga laporan bedah siasat diperolehi dari Hospital Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi rampasan dadah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Lumpur diperolehi

Kredit: Harian Metro I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas