Connect with us

Oh! Media

(Video) Lori ‘Terhuyung-Hayang’ Sebelum Terbabas, Pemandu Positif Dadah

Trending

(Video) Lori ‘Terhuyung-Hayang’ Sebelum Terbabas, Pemandu Positif Dadah

Viral di media sosial rakaman video memaparkan sebuah lori yang berada di laluan kanan tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Kelang (NKVE).

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Rakaman Dashcam Kemalangan Di Lampu Isyarat, Myvi Putih Tak Bersalah!

Terbaru, Kosmo! melaporkan hasil ujian saringan air kencing, pemandu didapati positif dadah jenis methaphetamine. Kemalangan berlaku ketika pemandu dalam perjalanan ke Subang.

lori

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol, pemandu lori berusia 33 tahun dipercayai tertidur lalu gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas.

Selang beberapa minit, sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori tersebut.

Jelasnya lagi, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini.

Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa dibawah pengaruh dadah.

Beliau memohon saksi yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tampil membantu siasatan. Saksi boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

Kredit: Kosmo! | Warga Taman Keramat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas