Connect with us

Oh! Media

Polis Terengganu Tahan Lebih 100 Motosikal Peserta Himpunan Yamaha RXZ 5.0 Lepas Terima Aduan

Polis

Oh! Tidak

Polis Terengganu Tahan Lebih 100 Motosikal Peserta Himpunan Yamaha RXZ 5.0 Lepas Terima Aduan

Polis Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi bersepadu di seluruh negeri menahan lebih 100 motosikal di atas pelbagai kesalahan.

BACA: Dua Motor Peserta RXZ Members Hilang, Pencuri Licik Kunci ‘Mangga’ Semua Pintu Homestay Dari Luar

Difahamkan, operasi itu dijalankan selepas menerima aduan orang ramai mengenai tindakan segelintir peserta Himpunan RXZ Members 5.0 di Gong Badak yang menunggang secara bahaya dan berlumba.

IKLAN

Tindakan ini turut menyebabkan suasana bingit dan menimbulkan rasa tak selesa kepada penduduk di kawasan jalan berhampiran.

Himpunan rxz
Kredit X redzuanNewsMPB

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan dalam laporan Berita Harian berkata, antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu, pelbagai kesalahan membabitkan ubah suai kenderaan serta motosikal tidak dipasang brek.

Bagi motosikal yang disita, pemilik perlu mengubah keadaan struktur kenderaan kepada asal kerana sebahagian besar yang disita diubahsuai.

Tambahnya, operasi sekatan jalan raya dan rondaan akan diteruskan sehingga tamat program dan pihak polis percaya lebih banyak motosikal akan ditahan.

Jelas Mazli, pihak polis menyokong program himpunan motosikal tetapi peserta haruslah mematuhi undang-undang.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas