Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Satu Lagi Video Pengunjung Bersuka Ria Dalam Taman Tema

tambun

Trending

Polis Siasat Satu Lagi Video Pengunjung Bersuka Ria Dalam Taman Tema

Amboi! Suka betul korang berjoget dalam air ya? Kalau sebelum ni tersebar video pengunjung berjoget dekat Sunway Lagoon, kali ini berlaku pula di taman tema Tambun, Ipoh.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu, pihak polis dikatakan akan meneliti video terbabit yang dilihat tidak mematuhi SOP pandemik. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan perkara itu dan akan memastikan sama ada betul atau tidak pengunjung langgar SOP Fasa Empat PPN.

Kita telah mengesan satu video tular yang didakwa berlaku di Ipoh, semalam di mana semakan dengan pihak pengurusan taman tema itu mendapati kejadian tersebut berlaku antara pukul 1 hingga 6 petang, Sabtu lalu.

Menurut pihak pengurusan taman tema itu, kapasiti kolam di premis berkenaan boleh memuatkan seramai 500 orang pada satu-satu masa dan semasa kejadian, kapasiti pengunjung tidak sampai 50 peratus

Sekejap, faham memang kapasiti kolam besar tapi kalau pengunjung main air rapat-rapat dan bersentuhan, itu bukan bermaksu langgar SOP ke?

Apapun, pihak polis menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi kerana boleh menjejaskan siasatan polis.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas