Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Kemungkinan ‘Penculikan’ Pamela Ling Dirancang Sendiri

Ohmedia pamela Ling

Oh! Tidak

Polis Siasat Kemungkinan ‘Penculikan’ Pamela Ling Dirancang Sendiri

Pada 9 April lalu, seorang wanita dikenali sebagai Datin Seri Pamela Ling Yueh dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Mangsa dilaporkan menaiki kenderaan e-hailing untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

BACA: Wanita Didakwa Hilang Ketika Dalam Perjalanan Ke SPRM

IKLAN

Namun, kereta yang dinaiki tiba-tiba dikepung dari arah depan, belakang dan sisi. Pemandu e-hailing dikenali sebagai Kok berkata, Pamela dibawa keluar secara paksa oleh beberapa individu yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis.

Pemandu juga mendakwa dipaksa menekan butang lengkapkan perjalanan dalam aplikasi e-hailing tersebut.

Polis turut siasat kemungkinan penculikan dirancang sendiri

250503 pamela ling yueh

Terbaru, Berita Harian melaporkan pihak polis sedang menyiasat kemungkinan penculikan itu sebenarnya dirancang oleh wanita terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk elemen kemungkinan insiden ini bukan satu penculikan.

Berdasarkan rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV), polis mendapati mangsa mengikut arahan suspek yang melarikannya tanpa berlaku sebarang pergelutan dan situasi pergerakan penculikan berjalan lancar.

Namun pada masa ini konteks itu masih berada dalam peringkat awal siasatan dan belum dapat disahihkan lagi.

Dipercayai masih berada di Malaysia

Sprm

Menurut Datuk Rusdi lagi, pihak polis percaya Pamela masih hidup dan belum keluar dari Malaysia.

Semakan dengan Jabatan Imigresen juga menunjukkan tiada rekod pergerakan keluar menggunakan saluran sah sejak beliau ke Singapura pada Januari lalu.

Beliau turut menjelaskan bahawa walaupun tiada rekod rasmi keluar negara, tidak mustahil ada yang menyelinap keluar ikut saluran tidak sah.


Kredit: Berita Harian | Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas