Connect with us

Oh! Media

Polis Sedang Kesan Individu Terlibat Sunting TikTok Alia Dengan Video Lucah

lucah

Trending

Polis Sedang Kesan Individu Terlibat Sunting TikTok Alia Dengan Video Lucah

Nak kena report polis dulu baru nak menyesal ke? Sebelum ni kami juga ada kongsikan tentang seorang wanita yang jadi mangsa gangguan seksual lelaki tak bertanggungjawab. Ini apabila ada lelaki menyamakan dirinya yang memakai tudung berwarna hijau dengan kisah fiksyen novel lucah ‘CIkgu Suraya’.

ADVERTISEMENT

BACA: Gadis Pakai Tudung Warna Hijau Jadi Mangsa Pengguna TikTok Lelaki Lucah

Walaupun sudah memberikan amaran dan peringatan kepada ramai lelaki yang memberikan komen lucah, masih ada pihak yang tergamak menyunting pula video TikTok milik Nur Alia Mohd, 21 tahun dengan individu dalam rakaman video lucah.

Satu laporan polis telah dilakukan mangsa

Tidak beri muka lagi, Alia memaklumkan telah membuat laporan polis terhadap semua komen-komen yang ditinggalkan pengguna lucah.

Perkara itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit yang menerima laporan dari mangsa pada 31 Januari lepas.

Memang ada pelajar tersebut hadir ke balai dan membuat aduan mengenai video TikTok miliknya yang disunting tanpa kebenaran dan pengetahuannya sehingga mengundang gangguan seksual.

Kes ini telah dirujuk bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam menyekat video tersebut dari terus menular.

Polis sedang kesan suspek terlibat

Polis juga sedang meneliti dan mengesan individu yang terlibat dalam penyuntingan video terbabit. Semoga pihak polis cari mereka yang tidak bertanggungjawab ini cepat dan beri pengajaran yang setimpal. Janganlah kita biasakan lawak lucah ni kerana ia akan menjadi wabak yang lebih teruk dari Covid-19, percayalah!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas