Connect with us

Oh! Media

Polis Gesa Kon Ditambah Pemberat, Elak Peristiwa Motosikal Hampir Digilis Berulang

Oh! Tidak

Polis Gesa Kon Ditambah Pemberat, Elak Peristiwa Motosikal Hampir Digilis Berulang

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal yang hampir digilis lori selepas hilang kawalan akibat terlanggar sebuah kon penghadang jalan.

ADVERTISEMENT

BACA: Potong Ikut Kiri, Pelajar Meninggal Dunia Digilis Lori

Menerusi video berdurasi 34 saat itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas kon yang digunakan itu bergerak secara tiba-tiba ke tengah jalan yang dalam proses penyelanggaraan.

Sebelum kejadian, si perakam juga turut terlanggar kon tersebut yang terjatuh di kedudukan asalnya sehingga terpaksa berhenti secara mengejut.

Bagaimanapun, keadaan penunggang motosikal tersebut dilihat masih stabil dan mampu berjalan walaupun dirinya menerima impak yang kuat semasa terjatuh.

Polis gesa kontraktor selenggaraan letakkan pemberat dalam kon

Berhubung dengan kejadian itu, pihak polis telah memberikan amaran kepada kontraktor selenggaraan jalan agar memastikan setiap kon penghadang jalan diletakkan pemberat.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, peringatan itu diberikan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6 Oktober yang lalu.

Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang motosikal berusia 28 tahun berkenaan terjatuh sebelum hampir dirempuh sebuah lori di Jalan Kempas Lama-Seelong.

Saya beri peringatan kepada semua kontraktor terlibat dalam kerja penyelenggaraan jalan raya, pastikan kon yang diletak mesti berisi sama ada air atau pasir, agar kon itu tidak bergerak dan statik.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengingatkan kontraktor agar memaklumkan dahulu kepada Ketua Polis Daerah jika berlaku sebarang kerja penyelenggaraan jalan yang perlu diletakkan kon.

Pemakluman itu perlu dibuat agar sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku seperti kejadian melibatkan penunggang motosikal tersebut. Jika gagal memaklumkan kepada pihak polis, maka tindakan susulan akan diambil.

Bagaimanapun, beliau juga turut menitipkan nasihat agar setiap pihak yang berkenaan perlu peka terhadap perkara itu dan menjadikan insiden tersebut sebagai sebuah pengajaran.

Kredit: Utusan Malaysia

Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas