Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Pemandu Alza Memotong Double Line Dan Langgar Lampu Isyarat

ohmedia pemandu alza

Trending

Polis Buru Pemandu Alza Memotong Double Line Dan Langgar Lampu Isyarat

Mesti korang pernah tengok gelagat samseng atas jalan raya kan? Cuma sekarang ni lebih menarik sebab gelagat mereka ni kita dapat rakam dan buat laporan polis sebab makin ramai yang sedar, pentingnya pasang dashcam.

Korang tengok ajelah macam video tersebar hari ni yang menunjukkan pemandu Perodua Alza yang dirakam memaki kereta dihadapannya hanya kerana kereta tu tak memecut masa lampu isyarat kuning.

Polis sedang buru pemandu Perodua Alza

Kejadian yang dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin itu turut mendapat perhatian pihak polis dan kini sedang diburu.

IKLAN

Sebaik sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar dan seterusnya bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Rembau telah membuka satu kertas siasatan di bawah Kaedah 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad dalam pada itu turut berkata pihaknya telah memanggil dan mendapatkan keterangan individu yang menularkan video berkenaan.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas