Connect with us

Oh! Media

Polis Berpangkat Konstabel Ditangkap, Cuba Rogol Pekerja Stesen Minyak Dalam Tandas

polis

Oh! Tidak

Polis Berpangkat Konstabel Ditangkap, Cuba Rogol Pekerja Stesen Minyak Dalam Tandas

Seorang pekerja wanita di sebuah stesen minyak hampir sahaja dirogol seorang anggota polis berpangkat konstabel. Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang berlaku pada hari Sabtu lepas.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu dilaporkan berlaku di stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak melibatkan mangsa yang beru berusia 19 tahun.

Suspek yang berusia 23 tahun itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batuk Gajah ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Polis berjaya mendapatkan perintah reman terhadap suspek selama lima hari bermula Ahad. Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.

Pihak polis turut menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes ini kerana tidak menjejaskan siasatan polis.

Kredit: Sinar Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas