Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Beri Sumbangan Berjumlah RM80,000 Buat 16 Keluarga Mangsa Kebakaran Tanjung Dawai

copy of untitled design   1

Oh! Tidak

Perdana Menteri Beri Sumbangan Berjumlah RM80,000 Buat 16 Keluarga Mangsa Kebakaran Tanjung Dawai

Sebanyak 16 keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Tanjung Dawai, Kedah telah menerima sumbangan khas berjumlah RM80,000 daripada Perdana Menteri.

Menurut laporan Harian Metro, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munin kepada ketua isi rumah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Cheng, Tanjung Dawai, hari ini.

Setiap keluarga menerima RM5,000, terdiri daripada 14 keluarga yang rumah mereka musnah sepenuhnya dan dua keluarga lain yang turut terjejas.

Menanti penjelasan punca kebakaran Tanjung Dawai

img 7281

Menurut Muhammad Kamil, laporan rasmi daripada pihak bomba masih ditunggu untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. 

IKLAN

Buat masa ini, mangsa kebakaran akan terus berada di PPS sehingga penempatan baharu dapat dicari.

Kami sedang berbincang untuk melanjutkan tempoh penempatan di PPS, sementara jawatankuasa penduduk berusaha mencari kediaman baharu yang lebih selesa.

Langkah tambahan untuk mangsa

img 7282

Muhammad Kamil turut mencadangkan supaya mangsa bersedia berpindah ke kawasan lain sekiranya kediaman yang sesuai sukar didapati di kawasan berhampiran.

Jika terpaksa, mereka mungkin perlu berpindah sedikit jauh kerana kita tiada pilihan.

#OhmediaNasihat

Bencana seperti kebakaran ini mengingatkan kita tentang pentingnya bersedia menghadapi situasi kecemasan. Pastikan kediaman dilengkapi dengan alat pemadam api dan sentiasa waspada terhadap risiko kebakaran. Sama-sama kita hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutama dalam saat-saat getir seperti ini.

copy of untitled design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas