Connect with us

Oh! Media

Peras Ugut Sehingga Buatkan Suami Ketakutan, Ambil RM13k Sebagai Cagaran

polis

Trending

Peras Ugut Sehingga Buatkan Suami Ketakutan, Ambil RM13k Sebagai Cagaran

Seorang isteri yang didakwa telah memeras ugut suaminya dengan mengambil wang tunai bernilai RM13,000 pada September lalu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. Apa kes ni?

BACA : Lelaki Rugi Setengah Juta Ditipu ‘Tengku’, Ugut Nak Sebar Video Bogel

Menurut laporan Astro Awani, kertas pertuduhan telah dibacakan di hadapan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar dan tertuduh, Alimi Wahidah Shamsul, 33, mengaku tidak bersalah.

IKLAN

Pada 21 September lepas, tertuduh didakwa berniat jahat dengan mengambil wang tunai sebanyak RM13,000 daripada suaminya, Mohd Yasin Junus, 60 sebagai cagaran sehingga buatkan mangsa ketakutan di sebuah bilik hotel di Kota Bharu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalah, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas