Connect with us

Oh! Media

Penyelia Syarikat Dihukum 10 Tahun Penjara Dan Denda RM70,000 Kerana Memandu Mabuk

Ohmedia pemandu mabuk penjara denda

Oh! Tidak

Penyelia Syarikat Dihukum 10 Tahun Penjara Dan Denda RM70,000 Kerana Memandu Mabuk

Seorang penyelia syarikat hiasan dalaman, Lee Han Wee, 45, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM70,000, dan hilang kelayakan memandu selama 10 tahun.

Keputusan ini dibuat selepas dia didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk yang menyebabkan kematian Abdul Rahim Mohamad, 53, tiga tahun lalu.

Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi menjatuhkan hukuman tersebut di akhir kes pembelaan. Lee didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol hingga mengakibatkan kemalangan di Jalan Limbongan, Klebang, pada 29 November 2021, jam 12.45 tengah malam.

IKLAN

Kes ini dikendalikan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Pindaan 2020.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tuan Ahmad Sazali Omar dan Sharina Farhana Nor Sa’ari, sementara Lee diwakili peguam Al Hirzan Mohd Akhir. Peguam tertuduh memohon penangguhan hukuman penjara untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman penjara, namun denda perlu dibayar hari ini dengan jaminan dinaikkan kepada RM20,000.

Bekas isteri mangsa, Norizan Mat Isa, 43, bersyukur dengan keputusan mahkamah dan merasakan keadilan sudah ditegakkan bagi arwah suaminya.

Akhirnya Allah makbulkan doa saya dan anak-anak yang kehilangan orang tersayang. Saya berharap sangat hukuman selepas rayuan kekal.- Katanya.

Tiga anak mereka, Wardah, 23, Nurul A’liyah, 16, dan Sofia U’mairah, 14, yang turut terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecacatan kekal akibat insiden tersebut.

Ohmedia pemandu mabuk penjara denda

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas