Connect with us

Oh! Media

Penunggang Motosikal Guna Plet ‘Fancy’ #playercutoff Ditahan Polis, Cari Nahas!

Trending

Penunggang Motosikal Guna Plet ‘Fancy’ #playercutoff Ditahan Polis, Cari Nahas!

Padah melanggar spesifikasi yang telah ditetapkan pihak berkuasa, seorang lelaki ditahan polis dalam operasi Op Motosikal yang dilakukan di tepi jalan Pasir Puteh, Sik Kedah.

ADVERTISEMENT

Lelaki itu didapati menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 menggunakan nombor pendaftaran #playercutoff @_.hamiezan di bahagian belakang. Biar betul?

BACA: Polis Buru Kenderaan Gunakan Plet ‘Fancy’, Anggotanya Tak Terkecuali

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman dalam laporan Harian Metro berkata, lelaki itu baru berusia 19 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai.

Hasil pemeriksaan terhadap nombor enjin dan nombor casis menggunakan sistem Mobile Cops mendapati ia didaftarkan atas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 iaitu nombor lain.

Hasil saringan awal yang dilakukan terhadap penunggang motosikal itu mendapati dia negatif dadah dan tiada sebarang rekod jenayah lampau.

Kini dia ditahan mengikut Seksyen 108 (3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu pemalsuan nombor pendaftaran.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan terhadap nombor pendaftaran bertulis.

Nak nampak style punya pasal, tak pasal-pasal kena tahan polis pulak!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas