Connect with us

Oh! Media

Penuh Dengan Najis Tikus, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Di Arah Tutup

Oh! Tidak

Penuh Dengan Najis Tikus, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Di Arah Tutup

Bila kita berkunjung ke kedai makan, pasti kita akan memilih kedai yang menyediakan makanan yang enak dan juga persekitaran yang bersih.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Netizen Jijik Lihat Cara Restoran Terkenal Di KL Sediakan Makanan

Tapi, apa perasaan korang bila tahu kedai makan yang korang selalu pergi tu sangat kotor dan dipenuhi najis haiwan. Mesti tekak korang loya kan?

Restoran penuh dengan najis tikus

Itulah keadaan yang berlaku apabila sebuah restoran terkenal di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang dipaksa tutup oleh pihak berkuasa selepas terdapat najis tikus di ruang restoran.

Dalam pada itu, MalaysiaGazette turut melaporkan najis tikus dilaporkan turut ditemui berhampiran dengan cucur yang baru siap disediakan sebagai bahan dalam penyediaan mi goreng di restoran terbabit.

Bukan itu sahaja, difahamkan ini bukanlah kali pertama restoran terkenal itu diarahkan tutup atas faktor tahap kebersihanan yang tidak mengikut piawaian.

Apa pandangan korang dengan isu ini? Geli geleman pula rasa bila dapat tahu benda ni.

Kredit: Instagram buletinfm | MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas