Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Paling Ramai, Ahli Politik Paling Sedikit Ditahan Terima Rasuah Sejak 2015

Sprm Rasuah

Oh! Tidak

Penjawat Awam Paling Ramai, Ahli Politik Paling Sedikit Ditahan Terima Rasuah Sejak 2015

Statistik dan realiti yang sangat mengejutkan!

Seramai 2,965 orang penjawat awam telah ditahan selepas didapati terlibat dalam kes menerima rasuah berdasarkan data maklumat dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak tahun 2015 hingga 30 Jun tahun ini.

Pendedahan panas itu datang terus daripada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen menerusi jawapan bertulis baru-baru ini.

Penjawat awam tempat pertama, sektor swasta kedua dan ahli politik ketiga

Azaa 1710758313
Kredit foto UMNO Online

Menerusi laporan khas dari Sinar Harian, Azalina berkata dalam masa yang sama, terdapat 47 kes tangkapan direkodkan membabitkan penjawat awam yang memberi rasuah.

IKLAN

Bagi sektor swasta pula, seramai 1,101 individu ditahan kerana menerima, manakala 511 lagi kerana memberi rasuah. Ahli politik pula berada di kedudukan paling bawah, apabila SPRM merekodkan hanya 31 orang ditahan kerana menerima rasuah dan enam lagi kerana menawarkannya.

Bagi kategori orang awam, seramai 680 individu telah ditahan kerana menerima rasuah manakala 1,061 lagi disyaki cuba memberi rasuah katanya.

Melayu paling ramai menerima, Cina paling ramai memberi

 fx

Azalina sebenarnya menjawab persoalan dibangkitkan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin yang menuntut pendedahan penuh statistik pemberi dan penerima rasuah mengikut pecahan kaum, kumpulan umur serta sektor pekerjaan dari 10 tahun yang lalu hingga kini.

Sejumlah 4,896 individu ditahan kerana menerima rasuah dengan pecahan orang Melayu mencatatkan 3,690 kes, diikuti Cina (494), kaum lain (449) dan India (263). Bagi kes memberi rasuah pula, katanya, jumlah tangkapan seramai 1,689 orang dengan pecahan kaum Cina (630), kaum lain (518), Melayu (390) dan India (151).

Pecahan mengikut umur menunjukkan seramai 2,603 individu berusia 40 tahun ke bawah ditahan kerana menerima rasuah, diikuti 2,097 orang berusia 41 hingga 60 tahun dan 196 orang berusia 61 tahun ke atas.

Bagi pemberi rasuah pula, kumpulan umur 40 tahun ke bawah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 981 tangkapan, diikuti 622 orang berusia 41 hingga 60 tahun serta 86 orang berusia 61 tahun ke atas.

Pssttt! agak mengejutkan angka yang didedahkan, usaha membanteras rasuah ini sebenarnya tidak boleh dipikul oleh satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan komitmen bersama seluruh masyarakat.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas