Connect with us

Oh! Media

Penjaja Cederakan Remaja Dengan Kunci Kereta Didenda RM900

kunci kereta

Oh! Tidak

Penjaja Cederakan Remaja Dengan Kunci Kereta Didenda RM900

Penjaja yang mencederakan remaja menggunakan kunci kereta di Pantai Merdeka telah didenda RM900 di Mahkamah Majistret Sungai Petani, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Gadis Ditikam Kunci Kereta Terima Enam Jahitan

Memetik laporan Sinar Harian, Siti Zulaikha akan dikenakan hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh mengaku bersalah

kunci kereta

Berpakaian baju dan tudung hitam, tertuduh mengaku bersalah kerana sengaja mencederakan mangsa, Nurul Najihah pada jam 6.22 petang di padang rekreasi Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda.

Kesalahan tersebut boleh dihukum bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, di mana hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Semoga pesalah sedar akan kesalahan yang dilakukan dan tidak mengulanginya lagi.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas